T M W W T W.com goto Google Play, search tmwwtw

Android: Official update Android 4.1.1 Jelly Bean Samsung Galaxy S III

Assalamualaikum & selamat sejahtera...

Lambat sikit nak update blog minggu ini. Jelly Bean punya pasallah nih. Mungkin post ini akan menjadi post yang paling panjang berjela-jela dalam sejarah blog ini kerana banyak screenshot yang akan dipaparkan dari mula-mula install Jelly Bean sehinggalah perbandingan dengan OS sebelum ini iaitu Ice Cream Sandwich, hmmm yummy...

Baiklah, mari kita mulakan...

Installation
Goto Menu > Settings > About device > Software update
Menu > Settings
About device
Software update
Proses downloading update package pun bermula. Anda dinasihatkan supaya mempunyai kuasa bateri yang cukup. Kemudian klik Install setelah habis proses downloading. Telefon anda akan reboot dan mula update. Boleh relaks kejap buat air dulu. Mesej "Device successfully updated" akan keluar setelah selesai proses update. Dah boleh senyum :)
Downloading update package
Install
Device successfully updated

Ada 2 lagi perkara yang anda perlu lakukan. Jangan risau mudah sahaja. 1. Setuju dengan Terms and conditions 2. Update Google Search (Google Now)
Terms and conditions
Update Google Search
Yes, I'm in

Fuhhh... selesai keseluruhan proses installation Jelly Bean 4.1.1. Seterusnya kita akan lihat pula perbandingan antara Android 4.0.4 Ice Cream Sandwich dengan 4.1.1 Jelly Bean.

1. Lock screen
- kini anda boleh letak 5 aplikasi pada lock screen JB berbanding 4 aplikasi pada ICS
- cara untuk customize lock screen, goto Menu > Settings > Personal - Lock screen > Lock screen options > Shortcuts
ICS: Lock screen
JB: Lock screen
Lock screen shortcuts

2. Menu
- terdapat 2 penambahan pada JB iaitu Add apps and widgets dan Set wallpaper
ICS: Menu
JB: Menu
3. Notification
- terdapat sedikit perubahan pada JB iaitu pada tarikh & masa dan ada preview pada notification screenshot
- juga ada fungsi enable/disable Blocking mode
ICS: Notification
JB: Notification
4. Resizeable popup play
- saiz video popup play kini boleh diubah mengikut citarasa anda
ICS: Popup play
JB: Popup play
5. Fungsi pause pada video recording
- sebelum ini hanya ada fungsi record & stop sahaja pada ICS, kini fungsi pause disertakan pada JB
ICS: Video recording
JB: Video recording
6. Task manager & current apps
- jika anda tekan & hold "Home key" akan keluar popup aplikasi yang sedang digunakan
- swipe ke kiri atau ke kanan untuk buang aplikasi yang sedang digunakan atau tekan "Remove all" untuk buang semua aplikasi
- kini terdapat icon "Google Now" di tengah-tengah antara icon "Task manager" dan "Remove all"
ICS: Task manager & current apps
JB: Task manager & current apps
7. Home screen mode
- terdapat pilihan sama ada pengguna hendak menggunakan antaramuka "Basic mode" sedia ada atau "Easy mode"
Menu > Settings > Home screen mode
Basic mode atau Easy mode
Easy mode: Favourite Contacts
Easy mode: Favourite Apps
Easy mode: Favourite Settings
8. Blocking mode
- ciri baru yang diperkenalkan untuk memudahkan pengguna block panggilan telefon, notification, alarm dan timer serta LED indicator
- tetapkan masa untuk block
- block nombor telefon tertentu
Menu > Settings > Blocking mode
Blocking mode
9. Message
- antaramuka message pada Jelly Bean berbeza sedikit di mana button "attach" dipindahkan ke kanan di bawah "send"
ICS: Message
JB: Message
10. Google Now
- perubahan yang paling ketara bagi Jelly Bean dengan menggantikan Google Search lama kepada Google Now dengan sokongan Voice Search yang lebih advance seakan S-Voice
- sila layari http://www.google.com/landing/now/ untuk mengetahui keterangan lebih lanjut mengenai Google Now
Google Now
Voice search
Sebenarnya ada beberapa lagi perubahan pada Jelly Bean 4.1.1 ini seperti keyboard, antaramuka share option, open aplication option dan lain-lain lagi. Begitu juga pada Settings yang lebih teratur susunannya. Project Butter pada Jelly Bean telah meningkatkan kelajuan dan kelancaran telefon pintar Android. Prestasi bateri pada Jelly Bean ini sama sahaja seperti Ice Cream Sandwich. Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan kemaskini Jelly Bean ini. Bilalah nak update versi 4.2 agaknya yer...

Trick yang baru saya ketahui
- goto Menu > Settings > About device > tekan pada "Android version" berulang kali kemudian tekan & hold icon ICS atau JB akan keluar animasi seperti di bawah dan anda boleh bermain dengannya
Menu > Settings > About device
Android 4.0.4 Ice Cream Sandwich
ICS: Animasi
Menu > Settings > About device
Android 4.1.1 Jelly Bean
JB: Animasi
Tips untuk mendapatkan screenshot
- tekan & hold "Home key" dan "Power key" serentak untuk mendapatkan screenshot jika palm swipe tidak berjaya

p/s: My name is Bean, Jelly Bean :)

Sekian, terima kasih.

Kalau setakat nak menyepam, tak payah ler komen...

line
footer
Copyright © 2010-2012 T M W W T W.com | Powered by Blogger | Designed by Elegant Themes