Semasa saya usha-usha video di YouTube, ternampak satu video aksi menarik anak Zinedine Zidane menjaringkan gol yang cantik. Tonton video di bawah ini:
Kemudian, saya pun google "Enzo Zidane" keluar pula sedikit info ini:

Klik sini untuk info mengenai Enzo Zidane (mahu dikenali sebagai Enzo Fernández supaya tidak dibayangi bapanya Zinedine Zidane).
Enzo bermain dalam posisi midfielder sama seperti bapanya. Kini berusia 17 tahun, Enzo telah berlatih di akademi remaja Real Madrid sejak berusia 9 tahun. Enzo telah diserapkan ke dalam skuad utama Real Madrid oleh José Mourinho pada 6 September 2011 dan kini bermain dalam skuad Real Madrid Juvenil B. Dua anak Zidane yang lain, Luca & Theo juga bermain untuk skuad remaja Real Madrid.
ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi
Sekian, terima kasih.
