T M W W T W.com goto Google Play, search tmwwtw

Video: Jawapan Isu Video Menghina Rasulullah S.A.W.

Assalamualaikum & selamat sejahtera...

Lihat video di bawah oleh Habib Ali Zaenal Abidin



Apakah peranan seorang Islam dalam memerangi orang yang menghina Nabi Muhammad S.A.W.?

1. Merasakan di dalam hati kita bahawa kita amat terluka dengan perbuatan mereka.
  • merasa disakiti tapi tidak menganggap apa yang mereka buat itu mereka punya pasal, mereka akan tanggung nanti dengan Allah.
  • tidak menganggap perkara itu adalah perkara biasa, hati kita tergores dengan perbuatan mereka.
  • tidak mengambil tindakan yang bercanggah dengan syariah dan nilai-nilai murni agama seperti melakukan perkara-perkara yang merugikan orang lain justeru memburukkan agama Islam seperti kekerasan, pembunuhan, merosakkan harta benda.
Contohnya ketika seorang yahudi memaki Nabi Muhammad, Saidina Umar mengatakan "Aku akan potong lidah kamu kerana maki Rasulullah". Nabi tegur "Ya Umar, sepatutnya kamu ingatkan saya untuk bayar hutang lebih awal dan kamu ingatkan dia untuk menuntut hutang dengan cara yang baik tapi bukan dengan memaki". Cara pembelaan tidak tepat dengan ajaran yang dibawa Nabi Muhammad.
Kami ini diperintah untuk bijak di dalam menyelesaikan masalah & untuk bijak di dalam menuntut hak di dalam masalah yang kita dihadapi.

2. Cari sebab mengapa mereka melakukan perkara sedemikian.
  • adakah salah info mengenai Nabi Muhammad sehingga menilai nabi dengan cara mereka fahami?
  • memperkenalkan Nabi Muhammad dengan apa cara sekalipun, ucapan yang keluar sesuai dengan nilai-nilai murni Islam bukan dengan makian.
  • menampilkan siapa itu Nabi Muhammad dengan sikap kita orang Islam, sejauh mana umat Islam kenal nabi mereka?
  • kesepakatan daripada ulama' Islam memberitahu masyarakat & berdakwah kepada seluruh dunia untuk memperkenalkan siapa Nabi Muhammad.
Umat Islam harus mengambil iktibar kisah Abu Lahab & Abu Jahal serta peristiwa 11 September 2001 di mana ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Islam dan akhirnya memeluk Islam.
Allah bila mana ingin menghina sesetengah kaum, maka kaum itu dihina menjadi sebab hidayah kepada orang lain

InsyaAllah... dengan izin Allah. Islam akan tersebar meluas di seluruh pelosok dunia. Ameen...
line
footer
Copyright © 2010-2012 T M W W T W.com | Powered by Blogger | Designed by Elegant Themes