T M W W T W.com goto Google Play, search tmwwtw

Sukan: Anak Zidane main dengan Real Madrid rupanya

Assalamualaikum & selamat sejahtera...

Semasa saya usha-usha video di YouTube, ternampak satu video aksi menarik anak Zinedine Zidane menjaringkan gol yang cantik. Tonton video di bawah ini:



Kemudian, saya pun google "Enzo Zidane" keluar pula sedikit info ini:



Klik sini untuk info mengenai Enzo Zidane (mahu dikenali sebagai Enzo Fernández supaya tidak dibayangi bapanya Zinedine Zidane).

Enzo bermain dalam posisi midfielder sama seperti bapanya. Kini berusia 17 tahun, Enzo telah berlatih di akademi remaja Real Madrid sejak berusia 9 tahun. Enzo telah diserapkan ke dalam skuad utama Real Madrid oleh José Mourinho pada 6 September 2011 dan kini bermain dalam skuad Real Madrid Juvenil B. Dua anak Zidane yang lain, Luca & Theo juga bermain untuk skuad remaja Real Madrid.

ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi

Sekian, terima kasih.

Blogger Template: Origami

Assalamualaikum & selamat sejahtera...

Seperti biasa saya akan kongsikan satu blogger template sebulan dan bulan ini saya telah memilih Origami untuk diconvert. Dah lama tak convert wordpress theme 1 column. Blogger template Origami ini amat sesuai untuk blog video/image gallery serta personal blog.



Demo | Download | Link Asal

Cara untuk install Blogger template Origami ada disediakan dalam Origami.zip

Klik sini untuk melihat demo dan muat turun Wordpress theme Origami.

Sekian terima kasih.

Android Apps: iQuran vs iQuran Pro

Assalamualaikum & selamat sejahtera...

[update] iQuran telah ditukar nama kepada iQuran Lite manakala iQuran Pro kepada iQuran.

Ini adalah artikel pertama saya mengenai aplikasi Android. Jadi, saya mulakan dengan membuat perbandingan antara iQuran (muat turun percuma) dan iQuran Pro ($7.23 di Google Play).

1. Mode landscape hanya pada 5 surah pertama pada iQuran berbanding iQuran Pro pada semua surah
iQuran: mode landscape
iQuran Pro: mode landscape
2. Tajwid berwarna hanya pada juzuk terakhir pada iQuran manakala tajwid berwarna pada semua juzuk pada iQuran Pro
iQuran: tiada tajwid berwarna
iQuran Pro: tajwid berwarna
3. Maksimum 5 bookmark pada iQuran berbanding tiada had pada iQuran Pro
iQuran: bookmark & note
iQuran: maksimum 5 bookmark & note
4. Hanya ada satu terjemahan Bahasa Inggeris pada iQuran manakala ada banyak terjemahan pada iQuran Pro terutamanya dalam Bahasa Melayu
iQuran: terjemahan
iQuran Pro: terjemahan
5. Maksimum 20 keputusan carian pada iQuran berbanding tiada had untuk iQuran Pro
iQuran: maksimum 20
iQuran Pro: tiada had maksimum
6. Hanya satu qari sahaja iaitu Sheikh Husary pada iQuran berbanding lapan pada iQuran Pro
Senarai qari
iQuran Pro sahaja
7. Fungsi zoom-in pada iQuran Pro untuk besarkan saiz tulisan tiada pada iQuran
Menu > Zoom-in
iQuran: zoom-in
iQuran Pro: zoom-in
Jika anda sudah download iQuran, pada saya amat berbaloi anda download iQuran Pro kerana banyak fungsi yang berguna ada padanya. Terjemahan dalam Bahasa Melayu dan tajwid berwarna adalah sebab utama saya membeli versi pro ini sebagai rujukan ketika membaca al-Quran. Anda tidak perlu lagi download audio yang sudah di'download' pada iQuran dan segala bookmark & notes juga akan di'sync'kan pada iQuran Pro.

Download link: iQuran | iQuran Pro

Sekian terima kasih.

Android: Official update Android 4.1.1 Jelly Bean Samsung Galaxy S III

Assalamualaikum & selamat sejahtera...

Lambat sikit nak update blog minggu ini. Jelly Bean punya pasallah nih. Mungkin post ini akan menjadi post yang paling panjang berjela-jela dalam sejarah blog ini kerana banyak screenshot yang akan dipaparkan dari mula-mula install Jelly Bean sehinggalah perbandingan dengan OS sebelum ini iaitu Ice Cream Sandwich, hmmm yummy...

Baiklah, mari kita mulakan...

Installation
Goto Menu > Settings > About device > Software update
Menu > Settings
About device
Software update
Proses downloading update package pun bermula. Anda dinasihatkan supaya mempunyai kuasa bateri yang cukup. Kemudian klik Install setelah habis proses downloading. Telefon anda akan reboot dan mula update. Boleh relaks kejap buat air dulu. Mesej "Device successfully updated" akan keluar setelah selesai proses update. Dah boleh senyum :)
Downloading update package
Install
Device successfully updated

Ada 2 lagi perkara yang anda perlu lakukan. Jangan risau mudah sahaja. 1. Setuju dengan Terms and conditions 2. Update Google Search (Google Now)
Terms and conditions
Update Google Search
Yes, I'm in

Fuhhh... selesai keseluruhan proses installation Jelly Bean 4.1.1. Seterusnya kita akan lihat pula perbandingan antara Android 4.0.4 Ice Cream Sandwich dengan 4.1.1 Jelly Bean.

1. Lock screen
- kini anda boleh letak 5 aplikasi pada lock screen JB berbanding 4 aplikasi pada ICS
- cara untuk customize lock screen, goto Menu > Settings > Personal - Lock screen > Lock screen options > Shortcuts
ICS: Lock screen
JB: Lock screen
Lock screen shortcuts

2. Menu
- terdapat 2 penambahan pada JB iaitu Add apps and widgets dan Set wallpaper
ICS: Menu
JB: Menu
3. Notification
- terdapat sedikit perubahan pada JB iaitu pada tarikh & masa dan ada preview pada notification screenshot
- juga ada fungsi enable/disable Blocking mode
ICS: Notification
JB: Notification
4. Resizeable popup play
- saiz video popup play kini boleh diubah mengikut citarasa anda
ICS: Popup play
JB: Popup play
5. Fungsi pause pada video recording
- sebelum ini hanya ada fungsi record & stop sahaja pada ICS, kini fungsi pause disertakan pada JB
ICS: Video recording
JB: Video recording
6. Task manager & current apps
- jika anda tekan & hold "Home key" akan keluar popup aplikasi yang sedang digunakan
- swipe ke kiri atau ke kanan untuk buang aplikasi yang sedang digunakan atau tekan "Remove all" untuk buang semua aplikasi
- kini terdapat icon "Google Now" di tengah-tengah antara icon "Task manager" dan "Remove all"
ICS: Task manager & current apps
JB: Task manager & current apps
7. Home screen mode
- terdapat pilihan sama ada pengguna hendak menggunakan antaramuka "Basic mode" sedia ada atau "Easy mode"
Menu > Settings > Home screen mode
Basic mode atau Easy mode
Easy mode: Favourite Contacts
Easy mode: Favourite Apps
Easy mode: Favourite Settings
8. Blocking mode
- ciri baru yang diperkenalkan untuk memudahkan pengguna block panggilan telefon, notification, alarm dan timer serta LED indicator
- tetapkan masa untuk block
- block nombor telefon tertentu
Menu > Settings > Blocking mode
Blocking mode
9. Message
- antaramuka message pada Jelly Bean berbeza sedikit di mana button "attach" dipindahkan ke kanan di bawah "send"
ICS: Message
JB: Message
10. Google Now
- perubahan yang paling ketara bagi Jelly Bean dengan menggantikan Google Search lama kepada Google Now dengan sokongan Voice Search yang lebih advance seakan S-Voice
- sila layari http://www.google.com/landing/now/ untuk mengetahui keterangan lebih lanjut mengenai Google Now
Google Now
Voice search
Sebenarnya ada beberapa lagi perubahan pada Jelly Bean 4.1.1 ini seperti keyboard, antaramuka share option, open aplication option dan lain-lain lagi. Begitu juga pada Settings yang lebih teratur susunannya. Project Butter pada Jelly Bean telah meningkatkan kelajuan dan kelancaran telefon pintar Android. Prestasi bateri pada Jelly Bean ini sama sahaja seperti Ice Cream Sandwich. Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan kemaskini Jelly Bean ini. Bilalah nak update versi 4.2 agaknya yer...

Trick yang baru saya ketahui
- goto Menu > Settings > About device > tekan pada "Android version" berulang kali kemudian tekan & hold icon ICS atau JB akan keluar animasi seperti di bawah dan anda boleh bermain dengannya
Menu > Settings > About device
Android 4.0.4 Ice Cream Sandwich
ICS: Animasi
Menu > Settings > About device
Android 4.1.1 Jelly Bean
JB: Animasi
Tips untuk mendapatkan screenshot
- tekan & hold "Home key" dan "Power key" serentak untuk mendapatkan screenshot jika palm swipe tidak berjaya

p/s: My name is Bean, Jelly Bean :)

Sekian, terima kasih.
line
footer
Copyright © 2010-2012 T M W W T W.com | Powered by Blogger | Designed by Elegant Themes